Air Terjun Taka Melor, Labis




Taka Melor, Labis: 24~25 July 2010





24 July, Sabtu


Jam 1100 pagi, kami berempat (Fazdli, Yani, MJ & Sani) bertolak dari Pasir Gudang dengan sebuah kereta menuju ke destinasi kami iaitu Hutan Simpan Labis yang terletak di utara Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Kemudiannya kami malaui pekan-pekan kecil seperti Pekan Yong Peng, Cha'ah dan Labis sebelum melalui jalan kampung, kebun sawit serta dusun sebelum tiba di hutan simpan ini.

Sebagai persiapan untuk memancing di sana nanti, kami mendapatkan umpan memancing iaitu cengkerik dan juga sedikit roti di pekan Labis. Tidak susah bagi kami untuk mendapatkan biji sawit sebagai umpan kerana di kiri dan kanan jalan ditumbuhi pokok kelapa sawit.

Setibanya kami disana, kami dapati masih belum ramai lagi pengunjung yang datang ke sini pada waktu itu. Tempat letak kereta masih lengang, cuma yang ada hanya anak - anak muda yang datang bermotosikal mandi-manda di air terjun ini dan kebanyakkan mereka adalah penduduk kampung berhampiran .



Setelah mendapatkan tempat untuk bermalam dan meletakkan barang-barang perkhemahan di pondok yang sedia ada dibina oleh jabatan hutan, kami bersiap untuk pergi memancing mencari santapan untuk hidangan makan malam. Sasaran kami adalah ikan Kelah...


Aku dan Mj hanya memancing di laluan air terjun disekitar kawasan perkhemahan kami sahaja manakala Fadzli & Yani mendaki naik sedikit keatas air terjun untuk pergi lebih kedalam bagi mencari lubuk ikan. Hampir 2 jam memancing, hasil yang kami perolehi sedikit menghampakan namum memadai untuk dibuat lauk bagi makan malam kami.
Sekitar 5 petang, kawasan air terjun ini mulai lengang kerana para pengunjung mulai pulang kerana hari hampir senja. Kesempatan ini kami gunakan untuk mengumpul kayu api bagi dijadikan unggun api. Kayu api perlu dikumpulkan sebanyak mungkin agar unggun api dapat bertahan hingga ke pagi. Unggun api penting sebagai pelindung dari hidupan liar dan juga menghalau nyamuk. Selesai mencari kayu, kami merehatkan diri dengan mandi di air terjun yang sejuk airnya. Memang cukup menyamankan. Kesempatan itu juga kami gunakan untuk memasang jaring ikan di sekitar air terjun itu dengan harapan lebih banyak ikan yang akan dapat kami perolehi apabila menarik pukat ini pada malam hari nanti.


Menjelang malam, suasana di hutan ini mulai menyeramkan kepada sesiapa yang tidak biasa dengan suasan didalam hutan. Hanya bunyi cengkerik dan binatang hutan yang menemani suasana malam diiringi dengan deruan bunyi air terjun yang sedikit sebanyak memberikan ketenteraman jiwa.



Tidak banyak yang boleh dilakukan pada waktu malam dikawasan hutan begini. Sambil sama-sama menyediakan makan malam, kami habiskan masa dengan berbual-bual. Sekitar jam 10 malam, kami turun semula ke jeram dimana kami pasang dan tinggalkan jaring untuk memeriksa hasil tangkapan. Cukuplah ikan yang diperolehi sebagai tambahan ikan hasil memancing petang tadi.

Menu malam itu disediakan oleh 'chef' Yani yang menyediakan makan malam yang mudah, sedap & yang penting mengenyangkan. Antara menu makan malam kami adalah nasi beralaskan daun pisang, ikan sardin, telur dadar, ulam timun dan hidangan istemewa ikan kelah goreng berempah. Memang sedap kerana ikan kelah yang masih segar.




Selesai semua makanan dikerjakan, selimutlah yang dicari-cari. Mujurlah malam itu cuaca cukup baik. Tidak hujan sepanjang malam dan tidak terlalu sejuk pada awal paginya. Mujurlah tiada apa yang 'mengganggu' tidur kami pada malam itu.


25 July, Ahad

Suasana pagi yang menyamankan, tenang & udara pagi yang cukup menyegarkan.

to be continue..







Labels: |

"Kota Keriangan" Genting Highland, Pahang.

Kali ni kembara kami ke tanah tinggi di Genting Highland yg terletak di negeri Pahang. Genting Highland adalah sebuah pusat tarikan pelancong yang terkenal dengan taman temanya, pusat hiburan dan juga kerana kedudukannya di tanah tinggi yang mewujudkan persekitaran berhawa sejuk.Untuk ke sana, kami menggunakan pengangkutan bas dari Pudu Raya terus ke Genting. Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Skyway. Skyway adalah stesen kereta kabel yg akan membawa para pengunjung melalui jalan 'udara' ke puncak Genting. Melalui kereta kabel, seluruh pemandangan sekitar puncak Genting dapat dinikmati sepuasnya. Suatu pengalaman yg tidak dapat dilupakan apabila kereta kabel berbuai-buai ditiup angin. Sukar untuk membanyangkan di kawasan yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika ini terdapatnya sebuah "Kota Keriangan".
Setibanya di puncak Genting, kami terus menuju ke pintu masuk Taman Tema (outdoor Theme park) untuk mendapatkan tiket masuk. Harga tiket pada masa itu adalah RM 36 untuk seorang dewasa.
Menjejakkan kaki sahaja ke taman tema ini, anda pasti terpaku memilih untuk mencuba permainan yang mana dahulu.
Di samping awan putih yang menyelubungi langit tanah tinggi ini, keghairahan untuk mencuba segala jenis permainan disini semakin memuncak. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sedikit tebal kerana suhu disini sedikit sejuk sewaktu kabus mula menebal pada waktu petang ditambah dengan awan gunung kadang kala boleh menyebabkan hujan.


Outdoor Theme Park menpunyai 29 jenis permainan dimana 12 jenis permainan adalah untuk keluarga, 5 jenis permainan untuk kanak-kanak dan 12 jenis permainan yang mencabar. Antara permainan yang mencabar dan paling popular adalah 'Flying coaster' yang merupakan tarikan utama disini.

Agak mustahil bagi kami untuk mencuba semua jenis permainan dalam masa satu hari. Oleh itu, kami hanya memilih untuk mencuba permainan yang menarik dan popular sahaja.
Antara permainan yang sempat dicuba adalah:

Monorail (Moderate fast)
Dinosaurland (Slow)
Pirate Train (Moderate fast)
Flying Coaster (Fast)
Spinner (Fast)
Boating (Slow)
Bumper Boat (Slow)
Cyclone (Fast)
Flying Dragon (Moderate fast - Fast)
Pirate Ship (Moderate fast)
Space Shot (Very Fast)
Super Toboggan (Moderate fast - Fast)
Labels: |

Bayu Beach Resort, Desaru




Desaru, 15 May 2009:





Kali ini aku berpeluang mengikuti aktiviti hari keluarga warga staff Felda Bukit Waha. Orang ajak, kita pun ikut aje la. Hari keluarga ni berlangsung selama 2 hari satu malam di Bayu Beach Resort, Desaru.

Acara pertama sebaik sahaja sampai di sana adalah acara makan-makan ala bufet. Sambil-sambil tu ada juga persembahan karaoke dari warga staff Bukit Waha. Hiburan untuk diri sendiri.

Suasana pagi di sini memang menyamankan. Angin laut yang bertiup lembut pasti menyegarkan pagi sesiapa sahaja yang berada di sini.
Pada yang suka mandi laut, pantai di resort ini cukup sesuai untuk yang datang bersama keluarga kerana pantainya sesuai untuk anak-anak kecil bermain.

Puas dengan air masin, bolehlah membilas badan di kolam renang yang disediakan berhampiran dengan pantai. Airnya jernih, luas & kedalamannya sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Memang menyegarkan.

~Kembara Jalanan~



Labels: |

AutoShow, Plaza Angsana

JB, 13 May 2009:

Bertempat di lot tempat letak kereta berhanpiran Plaza Angsana, suatu pertunjukkan kereta dan juga motorsikal yang telah diubahsuai telah diadakan. Sebenarnya tak tahu pun ada auto show pada hari tu, kebetulan nak membeli belah di Plaza Angsana..tertarik pula nak menjenguk di pameran kereta tu.

Selain dari kereta2 yang diubah suai, terdapat juga kereta antik dan juga kereta solar hasil R&D dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.


Motosikal juga tak mahu ketinggalan, dari yang antik, motor cup sampailah ke motosikal berkuasa besar. Bila dah tengok kereta & motorsikal makeup cantik macam ni, rasa macam sayang je nak bawa berjalan.
~Kembara Jalanan~
Labels: |