Air Terjun Taka Melor, Labis




Taka Melor, Labis: 24~25 July 2010





24 July, Sabtu


Jam 1100 pagi, kami berempat (Fazdli, Yani, MJ & Sani) bertolak dari Pasir Gudang dengan sebuah kereta menuju ke destinasi kami iaitu Hutan Simpan Labis yang terletak di utara Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Kemudiannya kami malaui pekan-pekan kecil seperti Pekan Yong Peng, Cha'ah dan Labis sebelum melalui jalan kampung, kebun sawit serta dusun sebelum tiba di hutan simpan ini.

Sebagai persiapan untuk memancing di sana nanti, kami mendapatkan umpan memancing iaitu cengkerik dan juga sedikit roti di pekan Labis. Tidak susah bagi kami untuk mendapatkan biji sawit sebagai umpan kerana di kiri dan kanan jalan ditumbuhi pokok kelapa sawit.

Setibanya kami disana, kami dapati masih belum ramai lagi pengunjung yang datang ke sini pada waktu itu. Tempat letak kereta masih lengang, cuma yang ada hanya anak - anak muda yang datang bermotosikal mandi-manda di air terjun ini dan kebanyakkan mereka adalah penduduk kampung berhampiran .



Setelah mendapatkan tempat untuk bermalam dan meletakkan barang-barang perkhemahan di pondok yang sedia ada dibina oleh jabatan hutan, kami bersiap untuk pergi memancing mencari santapan untuk hidangan makan malam. Sasaran kami adalah ikan Kelah...


Aku dan Mj hanya memancing di laluan air terjun disekitar kawasan perkhemahan kami sahaja manakala Fadzli & Yani mendaki naik sedikit keatas air terjun untuk pergi lebih kedalam bagi mencari lubuk ikan. Hampir 2 jam memancing, hasil yang kami perolehi sedikit menghampakan namum memadai untuk dibuat lauk bagi makan malam kami.
Sekitar 5 petang, kawasan air terjun ini mulai lengang kerana para pengunjung mulai pulang kerana hari hampir senja. Kesempatan ini kami gunakan untuk mengumpul kayu api bagi dijadikan unggun api. Kayu api perlu dikumpulkan sebanyak mungkin agar unggun api dapat bertahan hingga ke pagi. Unggun api penting sebagai pelindung dari hidupan liar dan juga menghalau nyamuk. Selesai mencari kayu, kami merehatkan diri dengan mandi di air terjun yang sejuk airnya. Memang cukup menyamankan. Kesempatan itu juga kami gunakan untuk memasang jaring ikan di sekitar air terjun itu dengan harapan lebih banyak ikan yang akan dapat kami perolehi apabila menarik pukat ini pada malam hari nanti.


Menjelang malam, suasana di hutan ini mulai menyeramkan kepada sesiapa yang tidak biasa dengan suasan didalam hutan. Hanya bunyi cengkerik dan binatang hutan yang menemani suasana malam diiringi dengan deruan bunyi air terjun yang sedikit sebanyak memberikan ketenteraman jiwa.



Tidak banyak yang boleh dilakukan pada waktu malam dikawasan hutan begini. Sambil sama-sama menyediakan makan malam, kami habiskan masa dengan berbual-bual. Sekitar jam 10 malam, kami turun semula ke jeram dimana kami pasang dan tinggalkan jaring untuk memeriksa hasil tangkapan. Cukuplah ikan yang diperolehi sebagai tambahan ikan hasil memancing petang tadi.

Menu malam itu disediakan oleh 'chef' Yani yang menyediakan makan malam yang mudah, sedap & yang penting mengenyangkan. Antara menu makan malam kami adalah nasi beralaskan daun pisang, ikan sardin, telur dadar, ulam timun dan hidangan istemewa ikan kelah goreng berempah. Memang sedap kerana ikan kelah yang masih segar.




Selesai semua makanan dikerjakan, selimutlah yang dicari-cari. Mujurlah malam itu cuaca cukup baik. Tidak hujan sepanjang malam dan tidak terlalu sejuk pada awal paginya. Mujurlah tiada apa yang 'mengganggu' tidur kami pada malam itu.


25 July, Ahad

Suasana pagi yang menyamankan, tenang & udara pagi yang cukup menyegarkan.

to be continue..







Labels: